Wednesday, May 19, 2010
Mak ai....lamanya tak update blog.....kat ofis tak boleh nak ber'tenet'......kena block.... sendiri punya pun takde........huhuhu......sekarang anak aku dah makin lasak.....aku tak tau arr camna bila dia dapat adik nanti......insyaallah, jika tiada aral aku dijangka bersalin bulan ogos nanti... harap semuanya ok.......dan selamat......... baru ni, aku tergelincir masa kuar bilik air......nasib baik takde tumpah darah dan baby gerak pun ok......pegi klinik check, doktor cakap ok......tu arr....tak berhati2 lagi......
ok arr....jumpa lagi di lain kali......tumpang budak ofis punya ni....hehehehe
Posted at 11:33 am by Leen
Permalink
Thursday, June 04, 2009
Hidupku semakin bahagia.....
Hari ini, anakku dah semakin besar dan semakin lasak nampaknya....Usianya pun dah menjangkau 6 bulan 19 hari.....dan dah boleh merangkak....tak sabar nak tengok dia berjalan pulak.....sekarang, dia dah cuba2 nak memanjat....tu yang kena pantau betul2 tu.....risau lak...... bulan 5 baru ni, aku pi kursus di terengganu dan tinggalkan dia dgn nenek dia....suka benar mak ngan abah aku...sampai masa nak bawak balik tu diaorang tak bagi....mak aku cakap dia dah mula nak belajar duduk...tapi mak kata 'duduk timun', aku pun tak paham sgt....mungkin duduk yang belum tegap kot......Seronok sangat bila dapat tgk anak membesar.....Kini, baru aku faham perasaan seorang ibu......bahagianya rasa........
2 ari lepas, genaplah 2 tahun usia perkahwinan aku dan suami... dia belikan aku kek......aku pun tak mintak hadiah mahal2...janji 'ingatan' dia pada aku pun dah cukup dan buatkan aku bahagia.......Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kami.......Amin.........

pandang apa agaknya tu???

seronoknya dia mandi......hehehe

nak ambik apa tu sayang????

ambik gambar sendiri......
Posted at 09:01 am by Leen
Permalink
Wednesday, March 04, 2009
Assalamualaikum........
Lamanya tak update blog ...........Alhamdullillah, aku telah selamat melahirkan seorang cahayamata perempuan yang comel pada 15 November 2008......Dan, aku amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh keluargaku terutamanya pada suamiku yang sabar melayan kerenahku, mak & abah, kakak2 dan abang2, serta semua saudaraku dan juga tidak lupa pada kawan2 aku..........Love u all......muahsss....




Posted at 01:38 pm by Leen
Permalink
Wednesday, August 20, 2008
Rutin Hidupku Dah Berubah
Salam blog......
Kini, aku telah memulakan kehidupan baru(dalam erti kata lain rutin hidupku kini dah berubah)...Ini disebabkan tawaran kerja yang aku dapat ari tu....mula2, memang berat hati aku nak terima sebab bukan di seremban atau kawasan yang berdekatan tapi setelah difikirkan semasak-masaknya dan tanya pendapat keluarga, kawan2 dan yang penting suami serta abah dan mak....aku terima jawatan tersebut demi kebaikan aku sendiri di masa depan....aku dengar ada gak yang tolak disebabkan tempat yang dihantar jauh(aku ada dengar juga ramai yang cakap kalau kita tolak kemungkinan besar nama kita 'black list' terus dari senarai di masa depan)...nasib baik aku dapat di Ibu pejabat di KL jadi aku berulang je arr ari2.....cuma penat arr sikit sebab aku terpaksa bangun awal dari biasa dan balik pulak lewat.....tapi, akan kugagahi juga kerana ini rezeki yang telah Allah kurniakan kepada aku apatah lagi rezeki ini kuperolehi waktu aku tgh pregnant ni...walaupun dah lama aku mohon namun baru sekarang aku dapat.....
Di Tempat Baru
So far, buat masa ni aku ok jer di tempat kerja baru ni.....Pegawai2 dan staf2 dia pun ok arr....ada yang friendly, ada yang pendiam maybe sebab aku pun baru kat sini.....cuma kerja kat sini banyak paper work.....tapi, boss aku cakap kalau ada peluang boleh juga pergi ke site sekali sekala......Bahagian aku ni akan berpindah ke blok lain pulak awal bulan puasa ni....so, aku pun tak bawak byk brg lagi arr.... lagipun, byk lagi keperluan pejabat yang aku belum dapat....aku dah minta tapi kalau boleh aku nak masa dah pindah kat sana nanti.....tak payah 2-3 kali angkut..
Posted at 02:58 pm by Leen
Permalink