Rutin Hidupku Dah Berubah
Salam blog......
Kini, aku telah memulakan kehidupan baru(dalam erti kata lain rutin hidupku kini dah berubah)...Ini disebabkan tawaran kerja yang aku dapat ari tu....mula2, memang berat hati aku nak terima sebab bukan di seremban atau kawasan yang berdekatan tapi setelah difikirkan semasak-masaknya dan tanya pendapat keluarga, kawan2 dan yang penting suami serta abah dan mak....aku terima jawatan tersebut demi kebaikan aku sendiri di masa depan....aku dengar ada gak yang tolak disebabkan tempat yang dihantar jauh(aku ada dengar juga ramai yang cakap kalau kita tolak kemungkinan besar nama kita 'black list' terus dari senarai di masa depan)...nasib baik aku dapat di Ibu pejabat di KL jadi aku berulang je arr ari2.....cuma penat arr sikit sebab aku terpaksa bangun awal dari biasa dan balik pulak lewat.....tapi, akan kugagahi juga kerana ini rezeki yang telah Allah kurniakan kepada aku apatah lagi rezeki ini kuperolehi waktu aku tgh pregnant ni...walaupun dah lama aku mohon namun baru sekarang aku dapat.....
Di Tempat Baru
So far, buat masa ni aku ok jer di tempat kerja baru ni.....Pegawai2 dan staf2 dia pun ok arr....ada yang friendly, ada yang pendiam maybe sebab aku pun baru kat sini.....cuma kerja kat sini banyak paper work.....tapi, boss aku cakap kalau ada peluang boleh juga pergi ke site sekali sekala......Bahagian aku ni akan berpindah ke blok lain pulak awal bulan puasa ni....so, aku pun tak bawak byk brg lagi arr.... lagipun, byk lagi keperluan pejabat yang aku belum dapat....aku dah minta tapi kalau boleh aku nak masa dah pindah kat sana nanti.....tak payah 2-3 kali angkut..
Posted at 02:58 pm by Leen