Hidupku semakin bahagia.....
Hari ini, anakku dah semakin besar dan semakin lasak nampaknya....Usianya pun dah menjangkau 6 bulan 19 hari.....dan dah boleh merangkak....tak sabar nak tengok dia berjalan pulak.....sekarang, dia dah cuba2 nak memanjat....tu yang kena pantau betul2 tu.....risau lak...... bulan 5 baru ni, aku pi kursus di terengganu dan tinggalkan dia dgn nenek dia....suka benar mak ngan abah aku...sampai masa nak bawak balik tu diaorang tak bagi....mak aku cakap dia dah mula nak belajar duduk...tapi mak kata 'duduk timun', aku pun tak paham sgt....mungkin duduk yang belum tegap kot......Seronok sangat bila dapat tgk anak membesar.....Kini, baru aku faham perasaan seorang ibu......bahagianya rasa........
2 ari lepas, genaplah 2 tahun usia perkahwinan aku dan suami... dia belikan aku kek......aku pun tak mintak hadiah mahal2...janji 'ingatan' dia pada aku pun dah cukup dan buatkan aku bahagia.......Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kami.......Amin.........

pandang apa agaknya tu???

seronoknya dia mandi......hehehe

nak ambik apa tu sayang????

ambik gambar sendiri......
Posted at 09:01 am by Leen
Permalink
Assalamualaikum........
Lamanya tak update blog ...........Alhamdullillah, aku telah selamat melahirkan seorang cahayamata perempuan yang comel pada 15 November 2008......Dan, aku amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh keluargaku terutamanya pada suamiku yang sabar melayan kerenahku, mak & abah, kakak2 dan abang2, serta semua saudaraku dan juga tidak lupa pada kawan2 aku..........Love u all......muahsss....




Posted at 01:38 pm by Leen
Permalink
Rutin Hidupku Dah Berubah
Salam blog......
Kini, aku telah memulakan kehidupan baru(dalam erti kata lain rutin hidupku kini dah berubah)...Ini disebabkan tawaran kerja yang aku dapat ari tu....mula2, memang berat hati aku nak terima sebab bukan di seremban atau kawasan yang berdekatan tapi setelah difikirkan semasak-masaknya dan tanya pendapat keluarga, kawan2 dan yang penting suami serta abah dan mak....aku terima jawatan tersebut demi kebaikan aku sendiri di masa depan....aku dengar ada gak yang tolak disebabkan tempat yang dihantar jauh(aku ada dengar juga ramai yang cakap kalau kita tolak kemungkinan besar nama kita 'black list' terus dari senarai di masa depan)...nasib baik aku dapat di Ibu pejabat di KL jadi aku berulang je arr ari2.....cuma penat arr sikit sebab aku terpaksa bangun awal dari biasa dan balik pulak lewat.....tapi, akan kugagahi juga kerana ini rezeki yang telah Allah kurniakan kepada aku apatah lagi rezeki ini kuperolehi waktu aku tgh pregnant ni...walaupun dah lama aku mohon namun baru sekarang aku dapat.....
Di Tempat Baru
So far, buat masa ni aku ok jer di tempat kerja baru ni.....Pegawai2 dan staf2 dia pun ok arr....ada yang friendly, ada yang pendiam maybe sebab aku pun baru kat sini.....cuma kerja kat sini banyak paper work.....tapi, boss aku cakap kalau ada peluang boleh juga pergi ke site sekali sekala......Bahagian aku ni akan berpindah ke blok lain pulak awal bulan puasa ni....so, aku pun tak bawak byk brg lagi arr.... lagipun, byk lagi keperluan pejabat yang aku belum dapat....aku dah minta tapi kalau boleh aku nak masa dah pindah kat sana nanti.....tak payah 2-3 kali angkut..
Posted at 02:58 pm by Leen
Permalink
Salam blog..........
Lamanya tak datang sini....hampir setahun rupanya....aku kini sedang dalam perjalanan untuk menjadi dan bergelar seorang ibu....semoga segalanya berjalan dengan lancar.....Amin
Macamana arr agaknya aku hendak menempuh situasi tersebut nanti.....macam2 perasaan ada dalam diri aku....takut ada, excited ada.....Mudah2an, Allah mempermudahkan urusan itu nanti.....
Baru2 ni, aku ada terima tawaran kenaikan pangkat (interview bulan 4 ari tu)...tak sangka lak aku dapat jawatan tu....ramai gak yg mohon dan dipanggil interview.... mungkin rezeki anak aku yang bakal lahir agaknya.....tapi, tarikh lapor diri dan penempatan belum diberitahu....mintak2 aku ditempatkan di area berdekatan dengan tempat aku sekarang...ada yg kata penempatan boleh dipertimbangkan dan diberi kelonggaran kepada yg telah berkahwin utk ikut suami...lagipun aku tgh pregnant.....tapi, kalau diberi penempatan yg jauh mungkin aku kena berbincang semula dgn suamiku.....
Posted at 10:34 am by Leen
Permalink